Template by:
Free Blog Templates

Saturday, October 23, 2010

HADIS-HADIS SAHIH TENTANG RAWATAN PENYAKIT

HADIS-HADIS SAHIH TENTANG RAWATAN PENYAKIT

(Susunan: Ismail bin Abu Bakar)


Insya’Allah, dalam ruangan ini akan disiarkan lebih dari sepuluh buah hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan rawatan Islam. Semoga ia boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada kita semua.


Dalam siri yang pertama ini disiarkan hadis tentang rawatan penyakit dengan bacaan Surah al-Fatihah.


Hadis



َDaripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; Bahawa beberapa orang di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam perjalanan melalui salah satu dari perkampungan Arab. Mereka berharap dapat menjadi tetamu penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu. Namun begitu ada yang bertanyakan kepada mereka; ”Adakah di antara kalian yang boleh menjampi? Karana ketua kampung kami terkena sengatan binatang. Salah seorang daripada para sahabat itu menjawab: Ya, ada. Sahabat tersebut kemudiannya melawat ketua kampung yang sedang sakit itu dan menjampinya dengan Surah Al-Fatihah. Ternyata ketua kampung itu sembuh, lalu diberikanlah kepadanya beberapa ekor kambing. Sahabat itu menolak untuk menerimanya dan berkata: Aku akan bertanyakan dahulu kepada kepada Nabi s.a.w. Dia pun pulang menemui Nabi s.a.w. lalu menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasullullah. Dia berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan Surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu lalu Rasulullah s.a.w. tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau bahwa Al-Fatihah itu merupakan jampi? Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian dari mereka itu dan asingkan sedikit untuk bahagianku. (Hadis Riwayat Imam Muslim)

No comments: