Template by:
Free Blog Templates

Friday, April 8, 2011

LAWAK BERUNSUR NASIHAT

Cerita LAWAK

Assalamualaikum...
tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja;-)
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "


"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..’’


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???

/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam..

Saturday, February 5, 2011

Kata-kata Nasihat

Berikut antara kata-kata nasihat yang amat alai Z sukai dan kurenungkan dikala kegelisahan. Selamat beramal. :)



Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. Dunia ini umpama lautan yang luas.

Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan.

Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.


Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.

Saturday, December 11, 2010

KATA-KATA MOTIVASI

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda
dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam
merealisasikan impian anda.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya
adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan
kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras
dengan tindakannya.
- Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi.

Tuesday, November 16, 2010

Adab-adab ketika Tidur cara Islam

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”.

Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -

1. Berwuduk
Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .

2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .

3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T

4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat . Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al – Ikhlas , Al – Falaq dan Al – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut – turut..

5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .

6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan.

Saturday, October 23, 2010

HADIS-HADIS SAHIH TENTANG RAWATAN PENYAKIT

HADIS-HADIS SAHIH TENTANG RAWATAN PENYAKIT

(Susunan: Ismail bin Abu Bakar)


Insya’Allah, dalam ruangan ini akan disiarkan lebih dari sepuluh buah hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan rawatan Islam. Semoga ia boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada kita semua.


Dalam siri yang pertama ini disiarkan hadis tentang rawatan penyakit dengan bacaan Surah al-Fatihah.


Hadis



َDaripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a.; Bahawa beberapa orang di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam perjalanan melalui salah satu dari perkampungan Arab. Mereka berharap dapat menjadi tetamu penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu. Namun begitu ada yang bertanyakan kepada mereka; ”Adakah di antara kalian yang boleh menjampi? Karana ketua kampung kami terkena sengatan binatang. Salah seorang daripada para sahabat itu menjawab: Ya, ada. Sahabat tersebut kemudiannya melawat ketua kampung yang sedang sakit itu dan menjampinya dengan Surah Al-Fatihah. Ternyata ketua kampung itu sembuh, lalu diberikanlah kepadanya beberapa ekor kambing. Sahabat itu menolak untuk menerimanya dan berkata: Aku akan bertanyakan dahulu kepada kepada Nabi s.a.w. Dia pun pulang menemui Nabi s.a.w. lalu menceritakan peristiwa tersebut kepada Rasullullah. Dia berkata: Ya Rasulullah! Demi Allah, aku hanya menjampi dengan Surah Al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu lalu Rasulullah s.a.w. tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau bahwa Al-Fatihah itu merupakan jampi? Kemudian baginda bersabda lagi: Ambillah pemberian dari mereka itu dan asingkan sedikit untuk bahagianku. (Hadis Riwayat Imam Muslim)

Saturday, October 2, 2010

Happy 23rd Birthday & beberapa kata-kata perangsang minda


tanpa disedari kini ULRTRAZED telah pun berusia 23 tahun..terima kasih kepada Allah S.w.t kerna memberilan saya nyawa hingga hari ini...umur telah meningkat maka semua perkara mesti di tingkatkan terutama amalan dan ibadat yang akan di bawa ke akhirat kelak.

sini sedikit sebanyak kata-kata perangsang minda untuk dikongsi bersama:


* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.

* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam dan bahaya.

* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada
musuhnya sendiri.

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan dan yang mana satu kawan.

* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,
menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi
lelaki yang sebenar dan menulis menjadikan anda lelaki
sejati.

* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada
dikesani oleh orang lain.

* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak
mengejar nama.

* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan
mengalah.

* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang
terhadap kesilapan mereka.

* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah
kapal yang besar.

* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang
baik.

* Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau
beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan
seumur hidupnya.

* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah.

* Imaginasi menguasai dunia.

* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai
peluang untuk menjadi pandai.

* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung
kepadanya.

* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda
tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.

* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang
luas.

* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah
suara yang paling merdu di dunia.

* Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada
orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada
kemiskinan mereka.

* Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara
yang anda suka.

* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang
mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

* Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda
dan lupakan masa silam

* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang
bersabar

* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan
sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu
matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari

* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa
yang anda dapat

* Lelaki yang bijak dapat membaca buku dan kehidupan
sekaligus

* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang
dimiliki

* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda
masih mempunyai masa depan.

* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan
mengenal kemanisan

* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk
membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad
kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai

* Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas
ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai
dengan minatnya

* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat

* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah

* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup

* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh
dimusnahkan

* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada
kemenangan terhadap orang lain.

* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar
tetapi tidak melakukannya

* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya

* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama
daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya

* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan

* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda
boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu
memikirkan masa depan anda

* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting
bagaimana keadaan kita semasa hidup

* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama

* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda
perlindungan dengan tidak memusnahkannya

* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi
alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah
hinaan kepada Allah.

* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan
hari ini

* Seorang manusia yang hebat tidak akan merungut terhadap
peluang

* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca

* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah
bahawa masa depan masih ada.

* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak
pada diri manusia

* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita
belum kecapi kejayaan yang orang lain capai

* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang
yang gagal terus gagal

* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan
dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas
apa yang berlaku

* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada
yang berlidah manusia

* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk
kita rasai nikmatnya.

* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan
kegagalan

* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula
jatuh ke bumi

* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak
membuktikannya melalui perlaksanaan

* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi
sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan

* Berusahalah dahulu sebelum mengaku kalah dan ingatlah
bahawa tiada kesenangan dicapai tanpa ranjau

* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya
dirinya ditipu

* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan

* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai
hambanya

* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama

* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas
kemusnahan dan kematian

* Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita
dan kejayaan

* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat

* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya
kecacatan atau kekurangan

* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya
terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri

* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri
anda yang sebenar

* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api
di dalamnya kita terbakar

* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan
akan menamatkan manusia

* Arus masa depan telah tiba dan tiada cara melawannya

* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya

* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan

* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah
daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri

* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya
ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang
kita usahakan

* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang
datang

* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan
beroleh apa yang kita hajati

* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit

* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa
kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian

Sunday, September 5, 2010

pantun nasihat untuk semua

Pantun Nasihat
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana

Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya

Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri

Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada

Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat

Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga

Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezeki datang

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah

Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa

Kapal kecil jangan dibelok
Kalau dibelok patah tiangnya
Budak kecil jangan di peluk
Kalau dipeluk patah tulangnya

Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain